Rabu, 29 Ogos 2012

Running Man

Sejak terpengaruh dengan adik bongsu setahun yang lalu, Running  Man menjadi salah satu cerita wajib tengok bagi hilangkan, ermm stress kut. loll. I'm sure that if I say Running Man, you'll all know about the show, right? bila nak keluar je, terpaksa download. grrrh stress. Well, I'm addicted to it... seriously.  I have my favourite member from the Running Man which are Jong Kook & Lee Kwang Soo. But I think I like Kwang Soo more ~!!  They are so funny.. ekekeke.  Just thinking about them makes me feel happy ! (^_^) So, ada laki-laki yang muka iras-iras Jong-Kook atau Lee Kwang Soo? 

# tepuk dada, tanya la diri. (tepuk kuat-kuat)











Ahad, 26 Ogos 2012

gosip about me?

assalamualaikum. hari esok, Isnin Bersamaan tarikh 27hb Ogos 2012
 kebanyakan orang dah sibuk dengan  kerja. Dah mulakan urusan bekerja,perniagaan,
Lain pulak ngan kakak aku no dua ni.
Orang baru nak balik  rumah masing-masing, yang  dea baru nak balik kampung.
ye lah, laki keje, xkan nak balik seorang diri ngan anak. tak best la kan.

tengah boring, memandangkan adik  aku pon dah balik kampus, so
aku pon mula la  nak  terjah sana-sini.
teringat pulak kisah kawan aku punya blog,
and then aku pon, klik la Link yang pernah dea bagi kat aku suatu ketika dulu. dah dapat..

eh-eh ada  gosip sal aku lak.
siap ada gambar aku. hehehe aku pon tak de story pasal dea kat blog aku ni.
name je kawan, tak ada cerita pasal kawan pon.kan.kan.
hiii oke la, thanks pada Nurul Atikah Izwani , sebab sudi &  mengrajinkan diri tulis entry
pasal saya. terharu jugak. menitis air mata ni huhuhh



 nak tengok gosip apa ? klik sini

oke bye,sekiannn

Sabtu, 25 Ogos 2012

Jodoh ?





" aku tak sesuai untuk dicintai oleh mu, aku wanita  tidak cantik !! " .


lalu, dia tersenyum.. dan berkata pada ku..
" aku bukan lelaki yang mencintai kecantikan  mu, paras rupa mu, tapi
aku mencintai hatimu , sepenuhnya kerana Allah.. "

Allamdulillah, aku ditemukan dengan dia.
Amin, bersyukur pada Allah, dan menanti saat yang diidamkan oleh setiap wanita. 







P/S : tahu tak kamu kaum HAWA, tidak Semestinya lelaki mementingkan kecantikan
wajah untuk dijadikan sesorang itu PASANGAN HIDUP  















Alert

 Cerita  betul

Hari ni, dalam jam kul3 petang, member aku,  ambik aku sebab nak pegi beraya & kenduri doa
selamat dekat rumah member, ayat macam pening kan. biarlah. faham-faham sendiri.hehe
before nak pegi sana, kawan  aku ni nak pegi print assigment dea.
so, aku sebagai penumpang, hanya peneman, ikot kemana hala kawan aku ni.

Harus INGAT nak print di  Cyber Cafe (CC)

* pastikan bawak pandrive / nak lagi power external  ( besar gituu )
* dah sempai CC tu, Tanya pekerja CC tu,  " sini boleh print ? "
   kalau dea cakap, " boleh.. " oke la,   xpayah susah-susah nak cari CC lain.
* kalau nak print, tanya la harga, sehelai hitam putih berapa? kalau warna berapa ?
  boleh mengira sendiri, berjimat, tak tertipu
* bila dah print,
         - paling penting : tolong kira balik paper yang korang telah print. berapa helai. berapa puluh, berapa ratus. kalau korang pakai pulak komputer CC tu, tanya berapa harga untuk sejam, setengah jam.
selalunya, banyak-banyak CC walaupon setengah jam,akan dikira sejam jugak.


bila dah kira, kita tunggu pulak kata pekerja CC tu.kalau betul, dea seorang yang jujur & maths dea lulus.
hahahah
kalau kira salah, memang dea seorang tak jujur, tak amanah, tak pandai  mengira,
if terjadi pada korang, sila tegur, tak salah, kita ada hak. hak asasi, & hak penguna, hak bersuara ramai tak tahu yang kita ada hak penguna, hak untuk bersuara. sila bersuara jika anda tidak bisu.


terjadi pada kawan aku tadi, sehelai print hitam putih nilai RM0.50, print 31helai. Guna komputer dekat  CC setengah jam RM1.50
semua total RM20 bunyi macam tak logik kan. kawan aku terus pegi bayar masuk dalam kereta, muka blur,hairan,confuis, mula la kira paper macam tak percaya.
aku  terus kira paper tadi, betul! 31helai, aku ambik handphone, bukak calculate, trus kira  * math lemah hewhew sambung balik...

31 helai x RM0.50         = RM15.50
Setengah jam RM1.50   = RM1.50
total semua                    = RM 17.00

so, nampak tak permainan dia ? mana pergi RM3? Walaupon nilai RM3 bukan RM30 / RM300 sila
hargai nilai wang. jangan sia-siakan Duit. Dengan RM3 boleh online,topup,beli air, beli gula-gula, beli nasi lemak, so pikir lah. kalau  tak kisah, terpulanglah pada anda semua.

kisah ni, kami ada suara, walaupun kawan aku takut, dia tak tahu yang aku ni gaster wow.
hahahah gester tahik kucing mak aku cakap. tetttt aku pun bersuara la bagi pihak kawan  aku tu.

so, pekerja tu, terkejut tapi aku cakapelok-elok lah, masih bebudi bahasa, nasib jugak lah dea pun boleh bekerja sama, so tq ye Achai. hahahah





Pencuri kah?


Assalamualaikum semua. tadi tengah kusyok online, 
on la Facebook tetiba nampak satu artikel, scroll ke bawah,
tengok punya tengok, picture ni cam gempak je.
oooo ada hati nak mencuri eah ? cam best.so,  curikk picture jap. :P

tahu tak, kedai  tu ada CCTV?
sebelum buat apa-apa, nak korek idung ke, nak tarik tali bra ke, ushar dulu,
kiri,kanan,tepi,atas.
buat ada  CCTV, tak ke naya. nasib  bawah tak boleh buh CCTV.

kan dah jadi bahan orang gelak. hehhe penah terjadi ?





oke, ni salah saorang pencuri. nampak muka memang nak mencuri.
ingat kedai kecik-kecik tak mampu pasang CCTV ke?






Lah, bukan nak mencuri, tapi nak skodeng. gilo punya orang
buat aku terkejut je.




Khamis, 23 Ogos 2012

nak gemuk? nak kurus?




assalamualaikum, sekarangkan bulan syawal, so cam ne pemakanan korang semua?
teratur? atau masih seimbang? ataupun makin .... ermmmm korang la tentukan
orang cakap, bulan syawal lah nak hemtam, pulun macam-macam,
sebab susah nak dapat dah kan makanan macam-macam jenis. benda susah nak makan,
dapat makan. timetu rasa macam syurga impian. huish
bulan ramadhan turun2kg, tapi bulan syawal naik 5kg. macam mane tu?
time turun, makan masa sampai sebulan, itupun sikit je turun,
bila nak naik, senang  je naik. dalam tempoh sehari dah boleh naik.
 Sama macam aku, nak kataorang je lebih. hewhew
tapi, aku masih boleh control lagi jiwa nafsu kelaparan aku nih.Alhamdulillah
so, pada korang, nak cantik body tu, na sihat tiru macam gambar bawah nih.




khasiat ? berlemak? confius-confius :))

cam mana ?



tengah boring-boring, tetiba teringat pulak nak tengok koleksi gambar-gambar yang
kelako-kelakor nih.
teringat pulak situasi aku time duduk asrama.
nasib lah tak penah terjadi lagi. kalau terjadi pada korang camne??





kalau yang dibawah tengah kusyok tidor.  naya..naya ..
kalau yang atas tu berat, kan  kemik cam tin sardin.
 hehehh kesian orang bawah kan dah jadi mangsa.

refresh kepala

assalamualaikum. entry kali ni,nakrefresh fikiran korang yang tengah kekenyangan dengan lemang
kuih-muih, penat beraya
berpans,berhujan.haaa,ni tips nak bagi korang segar balik. hehehe



cuba ushar gambar ni . wokeh?? kalau berpusing, korang tengat pening


picture ni? cam ne? pusing? bergerak lagi ? 


oke ta? yang nipon bergerak ?


yang ni nak uji,korang peka atau tak. hehehhe

Rabu, 22 Ogos 2012

tersembunyi

   Entry kali ni, lebih ringkas, nak show kat korang-korang ada tersembunyi sebalik wajah yang cantik ni
korang nilai la sendiri.malas nak panjang lebar cerita 



mesti ramai yang terpikat? cantik kan gigi ? senyuman? mata?
alahai, nak jadikan awek korang ?

tapi sebalik picture ni,ada sesuatu tersembunyi.
sila scroll kebawah



























puas hati ? okebye. Larikkk :))



Isnin, 20 Ogos 2012

mungkin kita ada jodoh?

 tengah duduk-duduk, rehat-rehat, tetiba  jumpa baby dalam pak cik google, 
chuby gila, cute sangat.
rasa macam nak gigit-gigit. kalau ada dekat aku, budak ni memang da lebam-lebam
aku kerjakan .hahahah sesuai jadimak tiriii. mintak ampun, tak mahuuuu
tapi bila sekal ipandang, macam pernah jumpa, macam pernah tengok.
mybe kita ada jodoh wahai baby gemokk






yelah, memang kita ada jodoh, memang kita pernah jumpa,dan memang kita.....






pernah tengokkk dalam tiwi. hahah, sebijik sama

Jumaat, 17 Ogos 2012

toturial bawal




Assalamualaikum uolls
jum saksikan video tutorial fesyen syle Tasha Manshahar.
Tasha Manshahar bukan sahaja ada bakat dalam nyayian malah turut pandai mengenakan
gaya tudung versi tersendiri .
samapi aku punya blog pon buh lagu BE MINE from Tasha
Fesyen lilitan tudung bawal yang dipanggil Ombak Rindu
ini nampak agak ringkas
and kelihatan sangat menarik dan nampak manisnya.






sumber : tutorial Fesyen Tudung Bawal Tasha Manshahar

selamat mencuba !!

















Isnin, 13 Ogos 2012

Raya nak mai dahhh


salam ramadhan. untuk kalian semua.
pejam celik, pejam celik. alhamdulilah,hidup lagi.
yaw dah nak tamat bulan  Ramadhan ni
so, amacam Ramadhan korang buat tahun ni?

tahun ni, aku rasa macam kurang syokje.
yelah, umor dah meningkat, anak buah bertambah,
duit kurang. xboleh main bunga api, mercun pon jarang2dah nak dapat pegang,
sebab bagi ruang pada yg xpenah nak main.hahah

pose penuh ta? pada pempuan, dah tentu ada lubang-lubang yang ditinggalkan.
kalau x tanda jepun,
da tentu orang tu mandul
hey, suka hati aku je, kata orang mandul.

apa-apa pon,selamat menyambut hari raya yang bakal tiba nih.
pastikan ada duit raya walaupon seringgit, aku hargai.( dah macam terdesak xde duit je.)
jemput-jemputlah kerumah, kalau tau alamat & jalan tu.

ada yang dekat, tp tak penahjumpa,macam jaoh je.
maaf buat yang terasa tu.
hahahhahaha mation to http://www.facebook.com/emaa.mardiah 
rumah dekat,nak jumpa pon malas.
hahaha hape nak jadi pon, tak tau lah.


* kalau raya slalu nak buh hijau,haaa... ambik kaw!
pada yang tak bertag di fb, dah penuh.xboleh tag lagi. 
dalam blog ni,untuk kekawan yang disayangi yaw.
hwhewhew







widget

assalamualaikum sahabat-sahabat.
wah macam ramai je.
biar xramai flowers.
janji ramai baca.
kalau  ada baca, xpe.. xbace pon xpe.
tiada paksaan dalam blog aku ni.

untuk korang yang nak buat widgest yang kiut miutkan.
korang boleh cari kat sini je http://widgetindex.blogspot.com/

kat situ, macam-macam bentu korang boleh dapat.
dari A sampai lah ke Z
so selamat mencuba 

Sabtu, 11 Ogos 2012

banner raya


assalamualikum & happy ramdhan!
I'm back !! at least for now. been busy in work & motherhood but currently i have some free time to make
layout on my blogger! yay! be sure to up to date with my new themes and banner on facebook. hehehhe
nak nunjuk rajin le tuu.



 * so? what do you think? oke?


Isnin, 6 Ogos 2012

Assalamualaikum & salam Sejahtera for all.
new blog, new name, & new of me.
sebenarnya, blog ni da lame tercipta. I've been way too busy to update
this site.( that is if anyone's still reading) macam kau femos amos.



Rabu, 1 Ogos 2012

kenal pasti jodoh


Assalamualaikum, hari ni aku nak cakap sal jodoh kita semua. ada seseorang hanta satu masej ayat jodoh.
kenal pasti jodoh kita. Bak kata Ustaz  Azhar Idrus, jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah masa keta dalam perut ibu lagi. SubahanaAllah, sungguh besar keajaiban yang Allah berikan pada umatnya.

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan,cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat - buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita.Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira
siang ataupun malam,ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak
ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa
kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati
langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga
sedia berkongsi kisah silamnya.Tidak perlu menyimpan rahsia
apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak
menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat
mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di
hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan,
kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar
baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin
hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan
kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah
rahsia kita selamat ditangannya?Bagi mereka yang berjodoh,
sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya
berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia
apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan
kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui
hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan  perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan
tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan
melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa
memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia
mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup
bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit
dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia
menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam
percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia
sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang
yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman
hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di
hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak
mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang
ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam
yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria
batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu
sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita
yakin dengan pilihan hidup kita,tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang
maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi
petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.Mimpi memang mainan tidur,
tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan
memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya- Allah dengan izinnya kita
mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan
baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan
terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

insya-Allah, jodoh kita ada. terimakasih pada Wan mohd Idwan kerana mengirim kata-kata sebegini. aku mengambil keputusan untuk share dengan kawan-kawan :))