Rabu, 1 Ogos 2012

kenal pasti jodoh


Assalamualaikum, hari ni aku nak cakap sal jodoh kita semua. ada seseorang hanta satu masej ayat jodoh.
kenal pasti jodoh kita. Bak kata Ustaz  Azhar Idrus, jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah masa keta dalam perut ibu lagi. SubahanaAllah, sungguh besar keajaiban yang Allah berikan pada umatnya.

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan,cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat - buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita.Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira
siang ataupun malam,ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak
ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa
kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati
langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga
sedia berkongsi kisah silamnya.Tidak perlu menyimpan rahsia
apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak
menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat
mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di
hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan,
kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar
baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin
hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan
kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi,dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah
rahsia kita selamat ditangannya?Bagi mereka yang berjodoh,
sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya
berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia
apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan
kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui
hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan  perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan
tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan
melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa
memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia
mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup
bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit
dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia
menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam
percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia
sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang
yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman
hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di
hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak
mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang
ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam
yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria
batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu
sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita
yakin dengan pilihan hidup kita,tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang
maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.
Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi
petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.Mimpi memang mainan tidur,
tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan
memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya- Allah dengan izinnya kita
mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan
baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan
terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

insya-Allah, jodoh kita ada. terimakasih pada Wan mohd Idwan kerana mengirim kata-kata sebegini. aku mengambil keputusan untuk share dengan kawan-kawan :))




Tiada ulasan: